INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Kampung Paya Nongmi merupakan salah satu kampung di dalam Mukim Temin di dalam daerah Kubang Pasu dan terletak hampir satu kilometer dari Pekan Changlun.
- Paya Nongmi berasal dari bahasa Thai iaitu “Adik Beruang”.
- Menurut penduduk asal perkampungan sekitar, “Paya Nongmi” adalah lokasi dimana masyarakatnya masih hidup dengan mengamalkan cara hidup mengikut adat resam dan tradisi nenek moyang mereka.
- Kampung Paya Nongmi juga mempunyai motto tersendiri iaitu “Bersekutu Bertambah Maju”.
- Kegiatan utama ekonomi di kampung ini ialah pertanian yang terdiri daripada tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan getah.

Info Penduduk:
Jumlah Penduduk = 897 penduduk
Jumlah keluarga = 226 buah

Populasi Penduduk:
1). Melayu = 835 orang
2). Cina = 32 orang
3). India = 6 orang
4). Lain-lain = 24 orang

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Cmart Changlun

'Duty Free' Bukit Kayu Hitam

Gua Kerbau

Tasik Darul Aman


Tempat Makan Yang Menarik

Kayu Kitchen Jalan Sintok


Homestay

Homestay Changlun


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Polis Changlun
Klinik Kesihatan Changlun
Masjid Changlun
Maybank Changlun
Petronas Changlun
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Akademi Binaan Malaysia Sintok
Kolej Matrikulasi Kedah
Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara
Sekolah Menengah Kebangsaan Sintok
Universiti Utara Malaysia
Kisah Kejayaan

Faizah Binti Awang Kecik
Celik IT

Umur:
32 Tahun

Keahlian PI1M:
2017

Bentuk Celik It:
Perniagaan Adunan Makanan

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Pn. Faizah merupakan usahawan sepenuh masa yang menjalankan perniagaan bersama suaminya sejak mereka berkahwin pada tahun 2003 sehingga kini 2016. Perniagaan ini didaftarkan di bawah DIZA KENANGAN ENTERPRISE(001722610-K). Perniagaan ini telah 13 tahun bertapak yang bermula secara kecil-kecilan dengan dengan hanya memiliki 6 biji oven kecil, tetapi sekarang telah mempunyai oven yang besar 4 biji. Pn. Faizah telah mendapat dorongan dari suaminya dan tanpa mengenal erti putus asa berusaha setiap hari membuat kuih bahulu sehingga menjadi popular seperti sekarang. Perniangaan yang dijalankan oleh beliau tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana agensi. Bahkan mereka suami isteri berusaha dengan titik peluh sendiri untuk membeli peralatan kelengkapan membuat kuih seperti mesin adunan, oven dan lain-lain lagi bagi memperkembangkan perniagaan mereka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pn. Faizah mempunyai 3 orang pekerja bagi membantunya membaut kuih kerana tempahan yang banyak dari pelanggan. Menurut Pn. Faizah mereka dapat menyiapkan bahulu sehari 8000 biji iaitu dari pukul 7.30 pagi - 3.30 petang. Bahulu merupakan produk utama keluaran beliau. Namun sempena hari raya beliau telah menambah beberapa jenis biskut raya kerana mendapat tempahan daripada pelanggan. Antara biskut raya adalah seperti biskut Mazola, tat nenas, semperit, Alma London, kerepek pisang, biskut makmur dan lain-lain lagi.
Beliau telah memasarkan produk di kawasan Baling, Pendang, Sungai Petani dan juga Kuala Ketil. Namun beliau berhasrat untuk memajukan lagi perniagaan ke seluruh Malaysia. Pendapatan yang beliau perolehi sebulan adalah antara RM1000 - RM1500.
Menjelang musim perayaan tempahan yang di terima melebihi keperluan. Oleh itu, beliau telah menambah bilangan pekerja kepada 7 orang dan pendapatan meningkat kepada RM2000 - RM2500. Beliau juga telah mempunyai Facebook sendiri dan menerima lebih banyak tempahan di Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah saya mengetahui kewujudan PI1M, saya mula menggiatkan diri Dalam aktiviti ICT seperti melayari Youtube demi mencari cara adunan yang baru dan cara membuat hiasan setiap makanan serta jenis-jenis yang baharu. Penglibatan saya ke dalam PI1M juga membongkar cara baru saya membuat adunan. Justeru itu, kemahiran mengadun saya meningkat ke tahap yang tidak disangka.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PI1M banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PI1M, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Changlun sebagai salah satu cawangan Pi1M di Changlun yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Excel dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Faizah Binti Awang Kecik:


Keusahawanan

Wahida Binti Wahid
Keusahawanan

Umur:
36 Tahun

Keahlian PI1M:
2017

Bentuk Perniagaan:
Menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Masih belum ada kedai lagi dan mungkin akan lakukan di kemudiannya, buat masa sekarang urus niaga melalui talian tel dan pergi ke kedai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan beliau daripada perniagaan online tersebut adalah sebanyak 400-500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pandan, beliau kini telah berjaya untuk memasarkan produk online tersebut dengan lebih sistematik melalui facebook & Whatsapp dan jumlah pendapatan meningkat kepada 700-800 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Mempelajari cara memasarkan produk online.
- Mempelajari Ms. Office untuk memudahkan pengiraan pengeluaran stok, untung rugi.

Maklumbalas:
Dengan adanya kelas di kampung ini, saya dapat mempelajari ilmu dalam Microsoft Office dan sekarang telah dapat meningkatkan jumlah pendapatan saya dan pengurusan stok. Saya juga telah memasarkan produk di dalam aplikasi whatsapp dan pengurusan PI1M telah banyak membantu saya.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Wahida Binti Wahid: