Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.

Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019


Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya