Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Changlun adalah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 42 kilometer di utara Bandaraya Alor Setar. Berasal daripada bahasa Thai yang membawa maksud Gajah(Chang) Jatuh(lun).

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Selain itu, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang telah siap dibina, turut mempercepatkan proses pembangunan sedia ada.

Dengan adanya lebuh raya ini, anda dapat ke UUM sintok, UniMAP, KMP ,UiTM Arau, dan Politeknik Perlis dengan mudah serta dapat mempercepatkan masa ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi kerana lebuh Raya ke Langkawi tidak dikenakan pembayaran tol.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia-Thailand di Utara, Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Star di Selatan dan laluan ke Negeri Perlis Indera Kayangan di sebelah Barat. Bagi menampung keperluan jumlah penduduk yang semakin meningkat, satu kawasan perumahan dan perniagaan yang diberi nama 'Pekan Changlun 2' telah pun diwujudkan.



Berita & Aktiviti Terkini

Klik dengan bijak &ceramah & kempen kesedaran

Aktiviti Terkini | 13 - 14 September 2017

Aktiviti anjuran Universiti Utara Malaysia sempena UUM Career Fair, MCMC turut terlibat mengadakan pameran dan kempen kesedaran penggunaan teknologi maklumat telah menjemput... baca selanjutnya

Pembentangan motivasi model/kaedah Stiffin

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2017

Ucapan aluan oleh Penolong Pengurus PI1M, saudara Safuan Sabri. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mokhtar Abdul Rashid. Konsultan dari mindset... baca selanjutnya

KDB:KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran awal berkenaan kempen klik dengan bijak... baca selanjutnya

KDB: Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan kesedaran awal berkenaan kempen klik dengan bijak... baca selanjutnya

Class On Demand: Ransomware Alert

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan berkenaan ransomware... baca selanjutnya

Kelas asas penggunaan email dan penerangan Virus Ransomware

Aktiviti Terkini | 9 Mei 2017

Bertujuan untuk mengajar cara yang betul dalam membuat email dan memberi pencegahan tentang virus... baca selanjutnya

Gotong Royong Pi1M bersama ahli-ahli

Aktiviti Terkini | 24 April 2017

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan diantara ahli dan pengunjung tetap pi1m disamping menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran dalaman dan luaran pusat internet... baca selanjutnya

Gotong Royong Pi1M bersama ahli-ahli

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PIM yang aktif bersama dengan staff PI1M... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia ini seperti kelas komputer dan sebagainya.

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan... baca selanjutnya